Tuesday 28 April 2015

GAMBAR Superhero Captain America Buat Apa Di Johor Bahru


Semua tahu, salah satu watak superhero yang dicipta dalam siri komik Marvel, Captain America merupakan individu yang bersedia mempertahankan negaranya, Amerika dari rancangan jahat musuh.

Malah, dalam filem terbaru Avengers Age Of Ultron yang mula menjengah panggung minggu lalu, Captain America dan rakannya seperti Thor, Iron Man, Black Widow dan Hulk berganding bersama-sama berhadapan dengan lawan mereka.

Tapi yang peliknya, ramai individu telah melihat watak tersebut menaiki motosikal di sekitar Johor Bharu. Eh, apa pula yang dibuat si Captain America di sini?

Nampaknya, individu yang mengenakan sut superhero tersebut berjaya menarik perhatian ramai pihak sekitar bandar Johor Bharu.

Ada segelintir pihak yang membuat andaian bahawa si empunya diri mungkin seorang pekerja Universal Studios yang terletak di negara seberang, Singapura.

Atau, mungkin juga si empunya diri sememangnya muncul di Johor bagi menghapuskan musuh di situ, siapa tahu kan



No comments:

Post a Comment