Friday 17 April 2015

Video: Wanita Cantik Ini Telah Kalahkan Lelaki di Pertandingan UFC MMA.


Wanita cantik yang menjadi peninju amatur ini berjaya mengalahkan peninju lelaki Fernando Lemos di UFC Mixed Martial Arts (MMA). Meskipun berbeza jantina, Larissa Schroeder mendapat latihan yang sama dengan para peninju lelaki.

Dalam petarungan gaya bebas , peninju berasal dari Brazil itu berjaya mengalahkan Lemos selepas melayangkan satu tendangan maut. Sebelumnya, Larissa melakukan beberapa serangan percubaan dengan tangannya, hingga akhirnya tendangannya mengenai kepala Lemos.

Tendangan padu tersebut membuat Lemos mengalami pendarahan di hidung dan pertarungan harus dihentikan. Lemos dinyatakan kalah TKO hanya dalam masa 53 saat. MMA adalah seni bela diri campuran, yang membenarkan pelbagai teknik beladiri, seperti tendangan, dan pukulan.



No comments:

Post a Comment